Total Pageviews

Wednesday 18 January 2012

new unit pemulihan logo? PLEASE COMMENT!!

CREDITS ON DESIGN BY NAZRI OF PENERBITAN HUSM, PRO,

IDEAS BY EN. AHMAD ZIDAN, PN SUZANA, FADZLI AND OTHER MEMBERS OF BIRO MULTIMEDIA DAN PENERBITAN UNIT PEMULIHAN.
NOT OFFICIAL YET.. WAITING FOR APPROVAL..

new page update: KENALI UNIT PEMULIHAN

KENALI UNIT PEMULIHAN page updated... please follow the link  http://unitpemulihanhusm.blogspot.com/p/kenali-unit-pemulihan.html

Thursday 12 January 2012

MAJLIS SERAH TUGAS KETUA UNIT

12 JANUARI 2012 -  Unit Pemulihan telah menyaksikan majlis serah tugas yang ringkas tapi penuh makna, oleh En. Ahmad Zidan, yang akan memulakan cuti sebelum persaraannya bulan mac nanti.  Manual Prosedur Kerja dan Senarai Tugas Ketua unit telah disampaikan oleh beliau kepada En. Kamarudin Salleh, yang akan menanggung tugas beliau, selagi Ketua Unit yang baru belum dilantik secara rasmi.  Majlis yang penuh emosi ini ditamatkan dengan beliau punch card untuk kali terakhir selepas sesi bergambar dengan semua bahagian di unit Pemulihan. Satu majlis mengenang budi sempena tarikh rasmi persaraan beliau akan diadakan pada hari yang sama.

Unit Pemulihan yang amat besar kerana jasa, budi dan sumbangan En. Ahmad Zidan yang tidaak terkira banyaknya, dalam memajukan unit Pemulihan menjadi sebuah Unit yang tersohor bukan sahaja di peringkat Universiti, malah di peringkat kebangsaan dan Antarabangsa.

Kami mewakili Unit mengucapkan Syukur dan Terima kasih tidak terhingga dengan rumus tersebut:

e= terima kasih, x= infinity



3 KUMPULAN ICC UNIT PEMULIHAN MENERIMA INSENTIF!!

9 JANUARI 2012 - 3 Kumpulan ICC Unit Pemulihan, QCR, Rehab Charger dan Infinity Rehab menerima insentif sempena Konvensyen KIK Kampus Kesihatan dan Ucapan Perutusan Naib Canselor 2012 di Dewan Utama hari Isnin yang lalu.


Kumpulan-kumpulan ini menerima insentif atas kecemerlangan dalam Konvensyen Produktiviti dan Inovasi Kebangsaan (APIC) anjuran Perbadanan Produktiviti Kebangsaan (MPC) (Kumpulan Infiniti Rehab), mewakili Negara dan mendapat Excellent Award di International Convention for Quality Control Circles, diYokohama Jepun (Kumpulan Rehab Charger),dan kejayaan menduduki 7 teratas dalam Anugerah Inovasi Kementerian Pengajian Tinggi 2011 (Kumpulan QCR).

Pertandingan Pameran Kualiti turut diadakan di dewan tersebut, dan kumpulan Infiniti Rehab dan Rehab Charger telah dijemput dan diberikan booth.

GOTONG ROYONG UNIT PEMULIHAN

24 NOVEMBER 2011 - GOTONG ROYONG UNIT PEMULIHAN diadakan dengan kerjasama semua staf unit pemulihan, termasuk jurupuliha, attendan, dan par bertungkus lumus membersih dan mengemas Unit pemulihan bagi memastikan kebersihan unit berada di tahap optimum.  Gotong royong diteruskan dengan acara jamuan tengah hari yang dianjurkan oleh Biro Keceriaan dan Kebajikan Staf.